Thursday, February 11, 2010

Link kad debit Visa Maybank dengan Paypal

hari ni blur nak kongsi cara2 nak link kan kad debit visa maybank dengan paypal..
lepas nie mudah la kalau nak shopping online..





1. anda perlu ada akaun maybank2u yg telah aktif dan akaun paypal..
2. masuk ke akaun maybank2u anda. lihat di bawah "utilities", kemudian klik pada Maybankcard Secure Online Shopping Registration

 

3. Sila penuhkan "MSOS Password:" (katalaluan hendaklah diantara 6-8 abjad atau nombor) kemudian ulangi katalaluan anda tadi. dan Personal Assurance Message. Kemudian isi Expired Date, CVV, Hiny dan answer.


4. Login di akaun paypal anda dan lihat pada My Account>Profile dan pilih add debit/credit card. Maukkan segala maklumat anda..

 

5. Setelah mendapat verify email, anda perlu menunggu sehari atau lebih untuk paypal dan maybank memproses permohonan anda. Setelah lebih sehari, Masuk ke akaun Maybank2u anda dan klik di "Accounts & Banking",kemudian klik dekat nombor akaun anda untuk melihat secara lebih terperinci.

Dan klik dekat "Debit Card History",dan akan dapat lihat maklumat dengan perkataan "Paypal".Disitu anda akan lihat 4 digit nombor sebelum perkataan Paypal.

Contoh:PREAUTH SALE 8921PAYPAL-*EXPUSE DATED 06/08/09
Paypal Code : 8921

 

6. Masuk ke akaun paypal(www.paypal.com) dan klik dekat "Profile",kemudian pilih "Add/Edit Credit or Debit Card".

Klik dekat "Enter Paypal Code" dan masukkan kod 4 digit yang anda dapat di langkah 5.

 

anda akan dikenakan caj sebanyak USD1.95 sahaja.. ala RM6 pon nak berkira ker..
selamat mencuba..

3 comments:

  1. ooo..satu hari diperlukan ek untuk proses??

    ReplyDelete
  2. satu hari atau lebih..
    kena check slalu lar..
    sbb aku lepas dua hari baru dapat..

    ReplyDelete
  3. salam blur, saya nak copy artikel ni utk blog saya yer

    ReplyDelete