Thursday, December 10, 2009

Friendster dibeli Syarikat Malaysia.



Friendster baru sahaja memperkenalkan interface-nya yang baru yang boleh dikatakan serba hijau dan agak funky. Friendster merupakan antara laman sosial networking pertama yang ditubuhkan sebelum laman sosial networking yang popular yang lain seperti myspace dan facebook, iaitu pada tahun 2002. Separuh daripada pengguna friendster adalah dari benua asia. Dan ada khabar yang mengatakan friendster akan dijual kepada syarikat besar di asia..




Dan perkhabaran itu memang benar kerana pada hari ini, 10 Disember 2009, Friendster telah dibeli sepenuhnya oleh MOL Access Portal, sebuah pembekal pembayaran terkemuka yang menggerakkan satu rangkaian terdiri daripada lebih 500,000 saluran pembayaran fizikal dan maya di seluruh dunia, untuk  menjanakan Friendster Wallet dan satu platform pembayaran yang membolehkan perbelanjaan mikro bagi lebih 115 juta pengguna di Friendster.Friendster Wallet akan menyokong pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad pra bayar, pembayaran mudah alih, pembayaran dalam talian dan pembayaran kad kredit.

Sumber

No comments:

Post a Comment